//Forever Imperfect


:: Trip ke Perak With Him ::
12 July 2013 @ 12:37 am | 0 Budak Comel
  
Lama tak jenguk belog kan ? tetiba rindu nak buat entry baru. Nak kata baru pun takde la baru mana. Entry nie berkisar tentang weekend bersama dia di Kl lepas balik dari Sarawak hari tuu. Weekend bersama-sama bukan senang nak dapat kan ? So hargai weekend anda ! Hehe. Ok tengok tak title kat atas yang sebesar alam tuh ? Apa kaitan dengan Perak plak kan. Tetiba. Haha..

Okeh cerita dia ofkoss la sebab kami pergi ke Perak time weekend hari tuu. Tujuan utama nak teman encik hero kesayangan pergi melawat adik dia kat matrik. Kedua, memang sebab kami yang nak jalan-jalan makan angin. Macam kat Kl tuh tak cukup angin pulak ye ? Plus pulak time tu jerebu kat Kl. Ishh tak baik untuk kesihatannn.. So, why not kita sedut udara bersih kat Perak pulak kan b kann..?? Cehh, konon nye laa.. haha  * Peliss sokong statement poyo tu..kakaka *

Takkan lengkap entry tanpa gambar kan ? Mari kita tengok apa yang menarik yang ada kat Perak. Tapi tak habis pusing satu negeri Perak pun, satu daerah tu mungkin dah. Ehh pepandai je. Dah kata kan tadi 'mungkin'.. Harap betol la. Hehee

Tempat bersejarah di Negeri Perak. Dari Kl sampai Perak duk dengar nama nie, akhirnya sampai. Orang paling excited nak datang sini ialah encik hero. Dalam diam, kata tak minat sejarah tapi semangat berkobar-kobar dia nak pergi melawat tempat nie. Btw, very nice kalau buat outdoor kawen kat sini. ;)

Credit to encik hero.
Snap kat atas jambatan yang menghubungkan kaunter tiket dan castle lama nie. Sape berani masuk tanpa beli tiket dulu ? Buat la kalau tak malu nak kena sound dari dalam kaunter. Gerenti femes sebab sampai seberang sana boleh dengar annoncement tuu. Haha
 
 
Adik dan abang.. Haha. Kemain susah nak suro tangkap gambar bersama. Ini sebagai kenangan dan bukti kita dah sampai tempat nie.


Haa yang nie wajib ! Mana boleh takde gambar berdua kan ? Dapat plak bakal adik ipar yang sporting, offer diri nak tolong snap. Haha. Maklum la dah biasa buat 'part time' dengan kami time keluar bertiga. Hikhik

Nie view dari bumbung tingkat paling atas. Takde atas lagi dah. Hehe. Nak sampai sini kena seberang jambatan bawah tuu sebab ada sungai. Haa yang bumbung merah kecik belah kanan tuh la kaunter tiket. Seronok dengar dari atas nie sebab macam-macam announcement ada untuk peringatan kepada pelawat.
 
 Masih utuh walaupun dah lama menjadi hasil peninggalan penjajah. Senibina yang amat menarik bagi manusia yang tahu menghargai keindahan dan hasil seni.

View dari bumbung paling atas. Bahaya kan sebab tepi tepi tuh takde pagar atau apa-apa penghadang. So, saya rasa agak kurang sesuai bawak kids datang sini sebab kalau terlepas pandang sekejap pun, macam-macam boleh jadi. Very dangerous ! Yang dewasa pun still dipantau, apatah lagi kanak-kanak kan.

Masih tersergam indah. Kelle's Castle ! Bagi sesiapa yang minat sejarah, should come and see the real Kelle's Castle. Upah promote sikit. Huhu

Last but not least. Bukti kunjungan. Ala-ala jalan jalan cari makan pulak. Sila tinggalkan jejak anda. Selesai untuk weekend terakhir bersama sebelum balik kampung. Huwaaa.. :(



Sekian.

 


~ Thanks For Reading. Much Appreciate! :) ~




|